Selasa, 18 Oktober 2011

Analisis Kesalahan Tatabahasa





9 PENGGUNAAN KATA YANG TIDAK TEPAT

1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi berlainan maknanya.
2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.
3. Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan salah dalam ayat.

Kata dan Keterangannya
Contoh Kesalahan dan Pembetulan
Adakah dan Apakah

i. Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang,benda, keterangan tentang sesuatu, dan untuk menanyakansesuatu yang tidak khusus.
iii. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata apakah digunakan pada tempat adakah.
Salah
(a) *Apakah benar ceritamu itu?
(b) *Apakah Ali datang semalam?
(c) *Apakah kamu bermimpi?

Betul
(a) Adakah benar ceritamu itu?
(b) Adakah Ali datang semalam?
(c) Adakah kamu bermimpi?
Banyak dan Ramai

i. Kata banyak mempunyai hubungan denganjumlah atau bilangan sama ada manusia, benda, atau binatang.
ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan
dengan keadaan Huh-rendah,
riang, gembira, meriah, serba
gist, sibuk, tidak sunyi, dan pen-
duduk yang banyak. Jadi, kata
ramai menunjukkan suasana atau
keadaan.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata banyak diganti dengan
kata ramai.
Salah
(a)* Ramai orang yang Nadir dalam majlis itu.
(b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar
(c) *Sudirman mempunyai peminat yang ramai.

Betul
(a) Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu.
(b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar.
(c) Sudirman mempunyai peminat yang banyak.
Boleh dan Dapat

i. Kata boleh lebih sesuai digunakan
dalam hubungan dengan keizinan.
ii Kata dapat pula lebih sesuai
digunakan dalam hubungan dengan
keupayaan atau kemampuan.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata dapat diganti dengan
kata boleh.
Salah
(a) *Adik saya sudah boleh menungang basikal.
(b) *Dia tidak boleh Nadir kerana deman.
(c) *Saya tidak boleh berlari kencang kerana badan saya gemuk.

Betul
(a) Adik saya sudah dapat menunggang basikal.
(b) Dia tidak dapat Nadir kerana demam.
(c) Saya tidak dapat berlari kencang kerana badan saya gemuk.
Bukan dan Tidak

i. Kata bukan dan tidak tergolong
dalam kelas kata nafi untuk
membentuk ayat nafi.
ii. Kata bukan tidak boleh digunakan
apabila frasa adjektif atau frasa
kerja menjadi predikat ayat.
iii. Kata tidak pula tidak boleh diguna-
kan apabila frasa nama menjadi
predikat ayat.
Salah
(a) *Beg ini bukan berat.
(b) "Adik bukan tidur di bilik.
(c) *Dia bukan menulis surat.

Betul
(a) Beg ini tidak berat.
(b) Adik tidak tidur di bilik.
(c) Dia tidak menulis surat.
Golong dan Gulung

i. Kata golong boleh diberi imbuhan
menjadi menggolongkan, tergolong,
golongan, dan penggolongan. Tiap-
tiap kata ini berbeza maknanya.
ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan
menjadi bergulung, mengulung, ter-
gulung, dan gulungan.
iii. Kata golong dan gulung ini sering
salah digunakan dan salah dieja
kerana seakan-akan sama bentuknya.
Salah
(a) *Gulungan petani memerlukan bantuan.
(b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik.
(c) "Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang.
(d) *Kakak sedang menggolong tikar
.
Betul
(a) Golongan petani memerlukan bantuan.
(b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik.
(c) Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang.
(d) Kakak sedang menggulung tikar.
Menonton dan Menuntun

i. Kata menonton bererti melihat
sesuatu pertunjukan. Selain itu,
ada pula kata mempertontonkan,
tontonan, dan penonton. Setiap kata
ini berbeza maknanya.
ii. Kata menuntun pula bererti me-
mimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti bertuntun, tuntunan, dan penuntun. Setiap kata ini pun berbeza maknanya.
iii. Penggunaan kata menonton sering dieja salah sebagai menuntun kerana bentuknya seakan-akan sama.
Salah
(a) *Kami menuntun televisyen sehingga larut malam.
(b) *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama.
(c)*Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita.
(d)*Para penuntun bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola.

Betul
(a) Kami menonton televisyen sehingga larut malam.
(b) Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama.
(c) Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita.
(d) Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola.
Pedalaman dan Pendalaman

i. Kedua-dua kata ini berasal daripada
kata yang sama (dalam) tetapi
berbeza maknanya.
ii. Pedalaman bererti kawasan yang
terpencil atau daerah yang jauh
dari perhubungan dan kemudahan.
iii. Pendalaman pula bererti usaha
mendalami atau mendalamkan.
iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam
ayat berlaku kerana ketidakpastian
tentang ejaannya.
Salah
(a) *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air.
(b) *Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.
Betul
(a) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air.
(b) Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.
Pendapat dan Pendapatan

i. Kedua-dua kata ini pun berasal
daripada kata yang sama (dapat)
tetapiberbeza maknanya.
ii. Pendapat bererti buah fikiran atau
pandangan.
iii. Pendapatan pula bererti hasil pen-
carian yang biasanya dihubungkan
dengan gaji atau upah.
iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata pendapatan digunakan
pada tempat pendapat.
Salah
(a) *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
(b) "Pada pendapatan saya,penswastaan banyak membawa
kebaikan.

Betul
(a) Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
(b) Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.
Tembok dan Tembuk

i. Tembok bererti dinding atau
halangan yang dibuat daripada
batu. Kata ini boleh dibentuk
menjadi kata kerja menembok yang
bererti mendinding.
ii. Tembuk pula bererti tembus atau
berlubang. Kata ini pun boleh di-
bentuk menjadi kata kerja menembuk
yang bererti membuat lubang.
iii. Kesalahan penggunaan kata ini
dalam ayat berlaku kerana ketidak-
pastian tentang ejaannya.
Salah
(a) * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
(b) *Tapak kasut ini sudah tembok.
(c) *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik.

Betul
(a) Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
(b) Tapak kasut ini sudah tembuk.
(c) Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.

Isnin, 17 Oktober 2011

Contoh Soalan Kertas 2 (Penulisan)

















  • Pada cuti semester yang lalu, anda dan keluarga telah bercuti di sebuah pusat peranginan tanah tinggi.Tulis suatu karangan mengenai percutian tersebut.
  • Sekolah anda telah mengadakan “Minggu Keselamatan Jalan Raya”.Sebagai wakil murid, anda diminta menyampaikan ucapanmengenai kebaikan program tersebut.Sediakan teks ucapan tersebut.
  • Semua pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Tulis suatu syarahan yang bertajuk “ Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah”.
  • Baru-baru ini sekolah kamu telah menjayakan program hari Kantin. Kamu dikehendaki menyediakan laporan mengenai program tersebut.
  • Hari sudah lewat petang, kami mendayung sampan untuk pulang ke rumah. Sedang kami mendayung itu tiba-tiba ........................
  • Anda telah terpilih untuk menyampaikan ucapan sempena hari kanak-kanak.Tajuk ucapan anda ialah "Keselamatan Jalan raya Adalah TanggungjawabPengguna." Sediakan teks ucapan tersebut.
  • Kamu bercita-cita menjadi seorang pelajar cemerlang. Tuliskan bagaimana kamu akan mencapai cita-cita kamu.
  • Menyertai kegiatan kokurikulum lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan. Sebagai seorang pembangkang, kamu dikehendaki menyediakan hujah-hujah kamu.
  • Anda telah menghadiri satu majlis perayaan. Tuliskan sepucuk surat kepada teman anda yang tinggal di luar negara yang ingin tahu bagaimana perayaan itu disambut.
  • Berikan pendapat kamu, bagaimanakah barang-barang terbuang dapat memberi faedah kepada manusia.

~info tambahan~

Selasa, 11 Oktober 2011

Latihan Tatabahasa













1 Pihak polis telah menangkap se________ pelajar kerana ponteng sekolah.
A) rawan B) kumpulan C ) bilah D) suap

2 Pasu bunga ibu pecah apabila se_________ buah kelapa gugur dan mengenainya.
A) buah B) titik C) tandan D) keping

3 Tiga_______ papan lantai rumah itu telah reput kerana dimakan anai-anai.
A) keping B) rawan C) bilah D) suap

4 Emak terkejut apabila mendapati dua____________ rantainya telah hilang.
A) pasang B) rawan C) bilah D) utas

5 Siew Hoon meminjam beberapa_____________ buku dari perpustakaan.
A)buah B) pasang C) keping D) kumpulan

JAWAPAN :

1 Pihak polis telah menangkap se________ pelajar kerana ponteng sekolah.
A) rawan B) kumpulan C) bilah D) suap

2 Pasu bunga ibu pecah apabila se_________ buah kelapa gugur dan mengenainya.
A) buah B) titik C) tandan D) keping

3 Tiga_______ papan lantai rumah itu telah reput kerana dimakan anai-anai.
A keping B) rawan C) bilah D) suap

4 Emak terkejut apabila mendapati dua____________ rantainya telah hilang.
A) pasang B) rawan C) bilah D) utas

5 Siew Hoon meminjam beberapa_____________ buku dari perpustakaan.
A) buah B) pasang C) keping D) kumpulan